DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
AHLI KUMPULAN
|
|
SYARIFAH FATIN FARIHAH BINTI SYD MOHD NASIR
|
02DKA17F2013
|
NUR FARIZZA IDAYU BINTI MOHD NOOR
|
02DKA17F2007
|
NURUL NAJIHAH BINTI MOHD
|
02DKA17F2023
|
NOR SYAFIQAH BINTI MOHAMED ROZALI
|
02DKA17F2053
|
PENSYARAH : PN. RAZANA BT MOHD KASIM
PENDAHULUAN
Pada masa kini, isu fitnah bukan sahaja
berbentuk percakapan antara dua pihak tetapi juga dalam bentuk penulisan
sebagai contoh dalam komunukasi massa iaitu di dalam blog, facebook dan juga
media sosial yang lain juga turut wujudnya fitnah. Fitnah juga merupakan satu
perbuatan yang terkutuk dan sangat dicela oleh mana-mana agama. Firman Allah
SWT yang bermaksud:
ʺWahai
orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang yang fasik membawa sesuatu
berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa
sesuatu kaum dengan perkara tidak diigini, dengan sebab kejahilan
kamu(mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu
lalukanʺ. (surah Al-Hujurat,ayat 6)
Firman ini memberi gambaran bahawa setiap
kata-kata yang disampaikan perlu diteliti dan diselidik terlebih dahulu agar
kebenarannya dapat dipastikan dan khabar tersebut tidak mengandungi unsur
fitnah. Hal ini bagi mengelakkan kesan buruk yang akan menimpa seseorang individu atau ahli masyarakat.
Rasulullah S.A.W juga bersabda, Maksudnya: ʺTidak
masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.ʺ
Hadis Rasulullah S.A.W ini menunjukkan
bahawa fitnah merupakan dosa yang sangat besar dan berat sehingga tidak dapat
memasuki syurga. Oleh itu, Islam melarang dan mengharamkan dengan keras
perbuatan fitnah. Hal ini kerana kesan fitnah adalah sangat buruk hingga
memudaratkan seseorang individu, keluarga, masyarakat dan juga Negara.
Prinsip-Prinsip Asas Undan-Undang Fitnah (Law Of Defamation) &
Penggunaannya
Di Malaysia
Kebelakangan ini kes-kes fitnah (defamation)
sering mendapat perhatian media massa. Oleh itu, rasanya agak sesuai juga jika
blog ini menulis satu artikel ringkas mengenainya. Mana ada pembaca-pembaca
yang telah membuat fitnah dan juga difitnah ingin mengetahui hak-hak dan
tanggungan atau liability mereka dari segi undang-undang.Suka
untuk kami jelaskan bahawa satu tuntutan di bawah undang-undang tort, fitnah
ini bukan sahaja boleh diambil bagi fitnah-fitnah yang disampaikan di alam
nyata atau penulisan di media-media konvensional.Malahan,
keputusan-keputusan terbaru mahkamah Malaysia membenarkan mereka yang difitnah
di media baru atau media cyber untuk mendapat ganti rugi bagi sebarang fitnah
atau tohmahan yang dilemparkan disana juga.Sebelum
kita melihat dengan lebih mandalam pemakaian undang-undang fitnah di Malaysia,
elok juga kita mengenal pasti ʺApakah itu fitnah atau defamation?ʺ.Menurut
kamus Oxford, A Concise Dictionary of Law, 2nd Edition, fitnah atau
defamation adalah:ʺThe
publication of a statement about a person that tends to lower his reputation in
the opinion of right thinking members of the community or to make them shun or
avoid him- Oxford, A Concise Dictionary of Law, 2nd EditionʺDalam kata lain, ia merujuk kepada
penerbitan kenyataan (lisan atau bertulis) yang mengakibatkan reputasi
seseorang itu jatuh di mata masyarakat. Contohnya: Jika A mengatakan B merogol
C dan mengakibatkan B dipandang serong oleh masyarakat, maka kenyataan A itu
boleh dianggap sesuatu fitnah, tertakluk kepada elemen-elemen yang digunakan di
dalam undang-undang ini.
JENIS – JENIS FITNAH
Dari segi bentuk UNDANG-UDANG:
Di dalam Akta Fitnah
1957, fitnah telah diklasifikasikan kepada dua bahagian :
1)Libel. Sebarang penerbitan yang kekal
yang ditujukan kepada mata. Kefitnahan juga boleh tergolong sebagai fitnah
jenayah atau fitnah sivil. Fitnah jenayah diambil tindakan di
bawah Kanun Kesiksaan (Akta 574) dan fitnah sivil diambil tindakan di bawah Akta Kefitnahan
1957 (Safar, 2002).
2)Slander. Fitnah
ini berbentuk percakapan dan ia adalah jenis fitnah yang tidak kekal dan ditujukan kepada telinga. Di Malaysia slander boleh dianggap
sebagai satu jenayah di bawah Seksyen 499 Kanun Jenayah. Terdapat peruntukkan
khas di mana terdapat jenis- jenis fitnah tidak perlu dibuktikan seperti fitnah
terhadap wanita (Seksyen 4 Akta Fitnah), slander berkaitan
reputasi rasmi, professional atau pemiagaan dan slander hak milik.
Agak penting mengenal pasti yang mana
satu slander dan yang mana satu libel kerana undang- undang mengenakan
tanggungan berbeza terhadap kedua-duanya.
Satu tuntutan bagi fitnah yang dilakukan
secaras lander hanya boleh dibuat jika orang yang menuntut (claimant)
dapat menunjukkan kerugian khas (special damages, kecuali dalam kes-kes tertentu).Tetapi dalam libel undang-undang
menganggap kerugian telah dialami dan tuntutan boleh dibuat apabila sahaja yang
dituntut membuat fitnah secara libel.
PUNCA-PUNCA FITNAH
1) Bahasa yang memiliki sifat
‘menunjuk’(showing) lebih daripada ‘memberitahu’(telling).
2) Perbuatan dan cerminan perasaan
seseorang.
3) Keperibadian sesseorang yang
mengangkut hal-hal seperti emosi, luahan
perasaan dan pendapat.
4) Struktur bahasa yang mempunyai nilai
sosiolinguistik yang dipengaruhi oleh unsur budaya, gender dan lain-lain.
BENTUK TINDAKAN FITNAH
i. Fitnah Jenayah
Tindakan di bawah Kanun Jenayah (Penal
Code) Seksyen 499-502
Secara amnya, melibatkan fitnah terhadap
pegawai kerajaan dalam kapasiti rasminya atau seseorang yang mungkin boleh
menjejaskan ketenteraman awam.
Jika sabit kesalahan, penjara sehingga 2
tahun dan/atau denda.Tindakan di bawah Akta Hasutan 1948
(Sedition Act 1948).Hasutan dalam bentuk penerbitan yang
menyebabkan kebencian atau mewujudkan kekacauan terhadap pemerintah atau kerajaan.
Menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan kerajaan.Menimbulkan perasaan benci di kalangan
kaum di Malaysia. Jika sabit dengan kesalahan,denda tidak melebihi RM 5,000.00 dan atau penjara sehingga 3 tahun bagi kesalahan pertama dan untuk kesalahan
seterusnya, penjara tidak melebihi 5 tahun. Tindakan hanya boleh dimulakan oleh
kerajaan melalui Peguam Negara dan tidak melalui individu.
ii)Fitnah Sivil
- Tindakan di bawah Akta Fitnah 1957 (Defamation Act)
- Tindakan dimulakan atas kapasiti persendirian.
- Plaintif dalam kes memohon penghakiman dan ganti rugi.
Pihak yang terlibat
- Plaintif mempunyai hak untuk menentukan defendan dalam kesnya.
- Selalunya, dalam kes libel, pihak yang terlibat ialah penulis, editor, penerbit,pencetak, dan kadangkala penjual bahan bercetak tersebut.
- Dalam kes yang melibatkan teknologi maklumat (IT) seperti e-mel, system pesanan ringkas (SMS) dan lain-lain, orang yang bertanggungjawab ialah penulis penyebar dan pembekal maklumat tersebut.
Bentuk Ganti Rugi dan Penghakiman
Ganti Rugi Khas – perkara ini perlu dibuktikan secara khusus oleh plaintif
bahawa kerugian tersebut ditanggung. Butir-butir ganti rugi mesti diberikan.
Ganti Rugi Am – Mahkamah selalunya memutuskan perkara ini berdasarkan fakta
kes
Ganti Rugi Teladan (Exemplary Damages) – harus dituntut secara khusus dan mahkamah hanya membenarkannya sekiranya mahu menghukum defendan.
Ganti Rugi Teruk (Aggravated Damages) – hanya dibenarkan jika kes fitnah tersebut amat serius.
Ganti Rugi Teladan (Exemplary Damages) – harus dituntut secara khusus dan mahkamah hanya membenarkannya sekiranya mahu menghukum defendan.
Ganti Rugi Teruk (Aggravated Damages) – hanya dibenarkan jika kes fitnah tersebut amat serius.
Sekatan/halangan (Injunction) – ini bertujuan menghalang penerbitan atau
pencetakan diteruskan pada masa akan datang.
Memohon Maaf Secara Terbuka – selalunya dalam kes libel, plaintif menuntut
agar defendan memohon maaf dengan cara pengiklanan.
CONTOH FITNAH DI MALAYSIA
Antara fitnah di Malaysia adalah dari segi politik, perkauman, skandal, dan
lain-lain.
Faktor ini menyebabkan kerosakkan akhlak dan buruk sangka terhadap individu
mahupun perkauman.
Contoh contoh fitnah di
keratan akhbar dan laman sosial.
CARA-CARA RASULLAH UNTUK MENGHADAPI FITNAH DI MEDIA DALAM BENTUK ISLAM
Pertama, menghindari tuduhan
yang bersifat prasangka adalah kewajiban pokok yang wajib ditunaikan kaum
muslimin. Mereka -terutama para pemimpin- juga harus menyadari bahwa prasangka
seperti itu menjadi pusat perhatian lawan maupun kawan. Karena itu, sedapat
mungkin agar dapat menghindari tempat-tempat dan hal apa pun yang bisa
menimbulkan prasangka buruk.
Kedua, jangan menerima isu
begitu saja. Berita apa pun yang tidak diperkuat dengan bukti, harus ditolak
oleh setiap Muslim. Sebagaimana difirmankan Allah Ta’ala dalam al Qur’anul
Karim, “Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi
atas berita bohong itu? Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka
mereka itulah di sisi Allah adalah pendusta.” (QS. An Nur, 24:13)
Ketiga, menimbang secara cermat dalam menilai benar-tidaknya suatu isu. Caranya
dengan membandingkan isu yang berkembang dengan kenyataan ada pada diri anda
sendiri. Dengan demikian, pastilah Anda akan tetap memercayai teman Anda itu
seperti halnya memercayai diri Anda sendiri. Cara menimbang seperti itu diakui
dan dipuji oleh Al Qur’anul Karim, yaitu berkenaan dengan suatu perbincangan
antara Abu Ayyub Al Anshari dengan istrinya, Ummu Ayub Ra. Wanita itu berkata,
”Tidaklah kamu mendengar apa yang dikatakan orang mengenai Aisyah?”
“Ya, tapi itu bohong,” jawab si suami, “Apakah kamu melakukannya juga, hai
ummu Ayyub?”
“Tidak, demi Allah,”kata si istri, “Mengapa aku harus meniru orang-orang
itu?”
“Abu Ayyub menegaskan, “Demi Allah,
Aisyah itu lebih baik darimu.” (Ibnu Hisyam, (As Sirah An Nabawiyah, II/303).
Keempat, jangan sekali-kali
membiarkan hawa nafsu ikut campur dan berperan dalam tersebarnya kabar bohong.
Karena memperturutkan hawa nafsu, sama saja kita menjerumuskan diri kita ke
dalam lembah kesesatan. Seperti perkataan Zainab, istri Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh Al Muqrizi tentang dialog yang dilakukannya dengan Rasulullah
SAW, di mana istri yang baik budi itu mengatakan kepada suaminya,
“Terpeliharalah kiranya pendengaranku dan penglihatanku. Aku tidak melihat pada
Aisyah kecuali yang baik-baik saja. Demi Allah, aku tak pernah mengajaknya
bicara dan aku memang benar-benar mendiamkannya, tetapi aku hanya mengatakan
yang benar.” (Al Muqrizi, Imta’ul Asma’ 1/208). Padahal pada saat itu antara
Zainab dan Aisyah sering terjadi perlombaan untuk menarik hati Rasulullah.
Namun hal itu tak lantas membuat Zainab iri hati dan memperturutkan hawa
nafsunya dengan menjelek-jelekkan Aisyah.
Kelima, janganlah membalas
berita bohong dengan berita bohong yang lain dan janganlah membalas isu yang
dusta dengan isu lain yang serupa. Hendaklah pula orang yang diisukan itu
mampu menahan diri. Maksudnya, jangan
membiarkan lidahnya berbicara yang melanggar kehormatan orang lain, sekalipun
orang lain itu telah menganiaya dirinya, sampai terbukti dirinya benar dan
tidak bersalah. Inilah sikap yang sangat penting, yang kita serukan kepada
siapa pun yang sedang terkena isu.
Keenam, sikap terakhir yang
dapat kita simpulkan dari peristiwa haditsul-ifki ialah menghukum orang-orang
yang terpedaya yang terlibat dalam penyebaran fitnah.
Kesimpulan
Konklusinya, setiap
negara di dunia mempunyai pendirian dan langkah-langkah yang tertentu bagi
menangani masalah jenayah siber ini. Begitu juga di Malaysia, kerajaan telah
mengambil langkah-langkah tersendiri bagi menangani perluasan fitnah yang
sedang berlaku dalam internet atau laman sosial. Ada di antara rakyat Malaysia
yang sering mempersoalkan kebebasan-kebebasan yang mereka fikir wajar mereka
perolehi supaya idea dan akal fikiran boleh diluahkan tanpa rasa bersalah. Walaupun
kerajaan bersifat terbuka, ia tidak seharusnya disalahgunakan sehingga
mendatangkan kekecohan atau kecederaan kepada pihak lain. Rakyat perlu sedar
bahawa mereka masih lagi tertakluk kepada undang-undang yang telah ditetapkan.
Namun begitu, fitnah
juga dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran dan juga sabda-sabda Nabi Muhammad
S.A.W. sebagai satu perkara yang amat berbahaya kepada umat Islam khususnya.
Siksaan yang dijanjikan Allah terhadap golongan yang memfitnah adalah sangat
berat dan mereka tidak akan terlepas dengan mudah lebih-lebih lagi di akhirat.
Islam juga telah menggariskan beberapa panduan yang khusus bagi memastikan
umatnya tidak keliru dengan kebebasan bersuara yang dianjurkan sehingga boleh
mengakibatkan fitnah. Seperti yang dijelaskan pada awal perbincangan, fitnah
itu merupakan satu tindakan yang boleh mendatangkan siksa dan bencana kepada
golongan yang difitnah itu sendiri. Islam juga tidak menghadkan fitnah itu
hanya sekadar perkataan yang keluar dari mulut sahaja tetapi tafsirannya sangat
luas dan penekanan diberikan kepada ‘perkataan’, tidak kira medium apa yang
digunakan untuk mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah itu. Lalu, hukuman yang
sama terhadap pemfitnah boleh dikenakan kepada pemfitnah siber juga.
Selain itu, individu
juga harus sedar bahawa kebijaksanaan dalam menggunakan Internet semasa
memberikan pendapat dan buah fikiran adalah amat penting. Biarpun Internet
berupaya menjadi penghubung dan medium dalam penyampaian sesuatu pengetahuan
dan maklumat, rakyat perlu peka dengan perkara-perkara sensitive yang perlu
dipelihara agar keharmonian sejagat dapat dikekalkan.
Di samping itu,
kebebasan bersuara ada dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kebebasan bersuara yang dibenarkan oleh kerajaan adalah kebebasan bersuara yang
tidak melanggar garis panduandan hak-hak yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.
Justeru tidak wujud persoalan bahawa kebebasan bersuara perlulah diamalkan
secara ekstrem dan tanpa kawalan.
Seterusnya, banyak
pihak yang mempersoalkan kepentingan untuk mewujudkan satu undang-undang yang
baru dalam mengekang kejadian Fitnah Siber seperti yang dilakukan di
negara-negara lain. Sehingga kini akta yang ditubuhkan masih lagi memadai dan
mampu menangani masalah gejala fitnah di Malaysia. Seperti yang dinyatakan oleh
bekas Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie, bahawa
undang-undang siber di Malaysia bersifat terbuka dan ia boleh diubah mengikut
kesesuaian masa. Hakikatnya, undang-undang ini boleh diubah dari semasa ke
semasa bagi menyesuaikannya dengan perkembangan teknologi komunikasi di negara
ini.
Akhir sekali, dalam
usaha pembangunan e-Malaysia, setiap individu haruslah lebih peka dengan
perancangan yang dibuat oleh kerajaan dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020.
Dalam mewujudkan masyarakat “minda kelas pertama”, masyarakat haruslah
mengetahui keburukan yang bakal menimpa sekiranya gejala fitnah siber ini
menjadi satu bentuk penyakit yang serius di dalam masyarakat. Segala ucapan
ataupun luahan hati haruslah disampaikan secara bijak dan teknologi maklumat
bukannya satu bentuk landasan yang membolehkan kita melakukan apa sahaja bentuk
kesalahan maya yang dianggap sebagai satu kesalahan remeh dan ringan.
No comments:
Post a Comment